Friday, June 11, 2010

RESOLUSI KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA: MODEL BARU EKONOMI (MBE)


RESOLUSI

KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA:

MODEL BARU EKONOMI (MBE)

MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU (MPM)

Tema : Memperkasakan Ekonomi Bumiputera

PERISYTIHARAN 15 JAMADIL AKHIR1431 / 29 HB MEI 2010

quran bismillah

Dengan nama Allah Yang Pemurah dan Penyayang

BAHAWASANYA, Kongres Ekonomi Bumiputera: MBE yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada – 15 Jamadil Akhir 1431 / 29 hb Mei 2010 yang dianjurkan Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan disertai lebih 1000 orang perwakilan dari 110 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan, para akademik, ahli politik dan peminpin masyarakat seluruh negara dengan ini telah bermuafakat untuk menyatakan pendirian bersama seperti berikut:

Kongres Ekonomi Bumiputera: MBE mengalu-alukan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mengubah ekonomi negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Walaubagaimanapun Kongres mendapati para pengubal MBE yang terdiri pakar luar dan dalam negara telah membuat andaian yang idealistik dan sangat berpegang kepada falsafah pasaran bebas. Berikut adalah perkara-perkara yang menyebabkan MBE menjadi satu model ekonomi yang tidak sempurna dan perlu dikaji semula oleh pihak kerajaan:

  1. Para pengubal MBE di dalam mempromosi konsep pasaran bebas di dalam MBE telah menafikan ujudnya elemen market failure atau kegagalan pasaran yang berasaskan eksploitasi dan monopoli oleh kaum Cina di negara ini.

MBE ingin dijadikan medan ‘free-for-all’, medan eksploitasi, monopoli ekonomi dan medan persaingan yang tidak adil antara kaum sehingga boleh menimbulkan perpecahan antara kaum dalam bidang pembangunan ekonomi.

Prof. Amy Chua dari Yale Law School menulis dalam bukunya bertajuk “World On Fire” mendapati market-dominant minority (di kalangan orang Cina) di Asia Tanggara telah mengakibatkan peristiwa ngeri, rusuhan kaum dan berlaku ketidakstabilan di beberapa buah negara . Berikut adalah petikan tulisan Prof. Amy Chua dari buku “World On fire” itu;

"When free market democracy is pursued in the presence of a market-dominant minority, the almost invariable result is backlash. This backlash typically takes one of three forms. The first is a backlash against markets, targeting the market-dominant minority's wealth. The second is a backlash against democracy by forces favorable to the market-dominant minority. The third is violence, sometimes genocidal, directed against the market-dominant minority itself."[1]

  1. Para pengubal MBE mencadangkan agar semua sektor di liberalisasikan sepenuhnya tanpa mengambil kira kepentingan Bumiputera dan negara.

Cadangan ini perlu ditolak kerana Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang cukup percaya dengan pasaran bebas kini sedang mengkaji semula dasar liberalisasi dan pasaran bebas kerana ianya telah menyebabkan negara tersebut mengalami kemelesetan ekonomi.

  1. Para pengubal dasar MBE telah menyalahkan polisi membantu kaum (DEB) sabagai salah satu punca ekonomi tidak boleh berkembang dan tidak ada daya saing.

Lalu dihinanya Bumiputera sebagai “rent seekers” dan mendapat faedah amalan patronnage sedangkan majoriti usahawan Bumiputera bukannya rent seeker dan tidak mendapat manafaat daripada naungan politik (perkataan ‘rent seekers’ dan ‘patronnage’ ini disebut dengan jelas dalam dukumen MBE).

Lantaran itu para pengubal dasar MBE mencadangkan semua jenis kouta dihapuskan kepada Bumiputera dan mereka harus bersaing di dalam pasaran terbuka yang ‘mesra pasaran’. Oleh kerana para pengubal tersebut beranggapan bahawa DEB sebagai salah satu punca ekonomi tidak boleh berkembang dan tidak ada daya saing maka mereka tidak memberi penekanan kepada agenda Bumiputera di dalam MBE.

Malah menyedihkan lagi, para pengubal MBE berkenaan mencadangkan agar badan-badan berkanun dan GLC / GILC mengurangkan penglibatannya dalam perniagaan bagi memberi peluang lebih banyak kepada swasta. Jika ini berlaku maka tertutuplah peluang usahawan Bumiputera mengembangkan usaha niaganya yang selama ini terlibat dalam sistem vendor, francais, mentor menti dan sebagainya.

  1. Para pengubal dasar MBE tidak mengambilkira kepentingan kaum sebagai elemen penting di dalam MBE.

Di negara ini apa jua perkiraan dan keputusan semada dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan juga sosial kepentingan kaum mesti diambil kira. Sebagai contoh di dalam kes Sekolah Kebangsaan Cina, kerajaan terpaksa memberi bantuan kewangan berbilion ringgit walaupun ianya bukan di dalam sistem pendidikan nasional. Ini menunjukkan bahawa faktor kaum merupakan faktor yang tidak boleh abaikan di dalam negara yang berbilang kaum.

  1. Para pengubal dasar MBE tidak mengambilkira keadilan sosial dan keharmonian antara kaum di dalam mengubal MBE.

Keadilan sosial harus berpandukan kepada “sosial contract” seperti mana yang terdapat di dalam perlembagaan negara. Kalau kita mengkaji Suruhanjaya Reid, ia mengatakan kalau kita mengambil hak Bumiputera secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara.

Atas sebab itu KONGRES ini tidak bersetuju jika ada pihak mengatakan bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ini kerana sistem tersebut mesti bergerak seiring dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain.

Suruhanjaya Reid merujuk salah satu terma Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila kita menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera ini tidak bermakna kita mengabaikan bangsa lain.

Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik kita memerlukan kesaksamaan dan keadilan (bukannya sama rata). Keadaan ekonomi yang berat sebelah serta usaha mencabar persetujuan perlembagaan yang sah ini telah mengakibatkan peristiwa ketidakstabilan negara seperti yang terlihat dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

  1. Para pengubal dasar MBE juga mecadangkan agar Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang (Equal Opportunity Commission) (EOC) ditubuhkan bagi memastikan tidak ujudnya diskriminasi dan ketidakadilan di negara ini.

Nama EOC itu sendiri membawa maksub bahawa semua rakyat mempunyai peluang yang sama di negara ini dan ini sangat bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Negara.

Kongres bimbang EOC akan diekploitasikan oleh kaum bukan Bumiputera semaksima mungkin untuk menuntut kononnya hak dan keadilan bagi menjawat jawatan di sektor awam, kemasukan ke IPTA, biasiswa, permit dan lesen dan lain-lain lagi sehingga dengan kuasa desakan EOC itu maka kerajaan terpaksa tunduk kepada mereka dan Bumiputera terpaksa mengorbankan hak mereka sebagaimana yang telah diperuntukan di dalam perlembagaan itu.

  1. Para pengubal dasar MBE hanya memberi perhatian kepada proses dan tidak pula menjamin output serta outcome yang hendak dicapai.

Kongres meragui pencapaian pendapatan tinggi dari segi GDP Per Kapita boleh menjamin mencapai tahap negara maju mengikut acuan Wawasan 2020 yang berteraskan masyarakat majmuk di negara ini.

Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa MBE ini bukanlah satu model yang sempurna dan kejayaan matlamat model ini boleh dipertikai dan didebatkan lagi bagi membolehkan Kongres mencadangkan input-input baru.

Kongres kecewa kerana MBE yang dikemukakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) telah gagal membentangkan kenyataan polisi yang jelas mengenai agenda pembangunan Ekonomi Bumiputera di dalam MBE. MPEN didapati gagal meletakkan agenda pembangunan Ekonomi Bumiputera sebagai agenda teras negara walaupun Bumiputera adalah merupakan penduduk terbesar dan terbelakang dari segi ekonomi di negara ini.

Kongres berpendapat bahawa agenda Bumiputera di dalam MBE tidak boleh dibiar kabur atas alasan apa sekalipun. Ia perlu jelas supaya para perlaksana dasar dan dan kumpulan sasar (Bumiputera) lebih fokus dan terarah. Agenda Bumiputera adalah usaha bagi menentukan supaya Bumiputera di Malaysia maju seiring dengan kaum-kaum lain, dengan cara ini keadilan sosial dan keharmonian kaum akan tercapai selaras dengan matlamat DEB.

Kongres mahu melihat potensi dasar dan program baru di bawah MBE membuka jalan baru dan peluang kedua yang dinamik untuk mereka kejar kemajuan yang telah dimusnahkan di bawah cara pelaksanaan program yang kurang cekap dan berkesan sebelum ini. Kongres berpendapat sepatutnya di bawah DEB dan DPN, kerajaan telah berjaya memajukan Negara namum hakikatnya masih belum mencapai kejayaan sepenuhnya.

Maka pada kali ini adalah perlu dinyatakan dengan jelas melalui MBE bahawa Bumiputera perlu dimajukan dalam program yang terbuka, tersurat dan tidak tersirat kerana kaum Bumiputera tidak mahu terjerat oleh perkara-perkara yang tersirat.

Kongres mendesak agar polisi agenda pembangunan Ekonomi Bumiputera dinyatakan dengan jelas dan telus supaya semua rakyat faham dan yang lebih penting pelaksana-pelaksana dasar kerajaan mempunyai arah tuju yang jelas di dalam melaksanakan agenda pembangunan Ekonomi Bumiputera.

Sehubungan dengan itu Kongres ingin menzahirkan sokongan bersyarat (conditional support) terhadap MBE kerana;

(a). misi mencapai GDP Per kapita yang tinggi adalah baik untuk negara tetapi belum tentunya turut dapat dinikmati oleh rakyat jelata, khususnya Bumiputera dan

(b). Strategi serta kaedah / proses yang disyorkannya masih kabur dan tak jelas serta dibimbangi boleh merugikan Bumiputera.

Maka Kongres Ekonomi Bumiputera: MBE anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan penyertaan lebih 1000 orang perwakilan dari 110 buah pertubuhan bukan kerajaan peringkat Kebangsaan serta para akademik, ahli politik dan pemimpin masyarakat dengan ini telah bermuafakat untuk menzahirkan pendirian bahawa penerimaan MBE ini oleh Kongres tertakluk kepada kesediaan kerajaan untuk;

1. MENJADIKAN PERKARA 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN DEB SEBAGAI SUMBER INDUK KEPADA PENGGUBALAN MBE

Kongres mengesa kerajaan agar mempertahan dan melaksanakan semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dalam semua pendekatan dan polisi kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara.

Pihak kerajaan WAJIB menjadikan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program MBE. Kegagalan kerajaan berbuat demikian akan memberi implikasi negatif kepada keharmonian antara kaum di negara ini di dalam jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang.

2. KEADILAN SOSIAL DAN PENGAGIHAN KEKAYAAN NEGARA MENGIKUT NISBAH PENDUDUK BERDASARKAN KAUM (67% BUMIPUTERA DAN 33% BUKAN BUMIPUTERA)

Piagam pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dibawah kategori sosio ekonomi jelas menyebut bahawa sekiranya di dalam sesebuah negara masih wujud kumpulan majoriti yang ketinggalan maka kepentingan mereka mestilah dijadikan sebagai agenda nasional bagi pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara.

Hakikatnya, hampir 60% daripada 67% kaum Bumiputera rakyat jati Malaysia itu mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM 1,500 sebulan (berada di paras miskin).

Sehubungan dengan itu Kongres mengesa kerajaan memastikan keadilan sosial dan ekonomi di negara ini terlaksana dengan mengagihkan kekayaan negara mengikut komposisi penduduk berdasarkan kaum di negara ini iaitu 67% daripada kekayaan negara WAJIB diagihkan kepada Bumiputera manakala baki 33% kepada bukan Bumiputera.

Gesaan Kongres ini adalah bertepatan dengan cita-cita dan semangat Satu Malaysia (1Malaysia) yang mahukan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Tiada gunanya cita-cita dan semangat itu hanya dijadikan slogan tanpa dipraktikkan dengan adil dan saksama.

3. MENERUSKAN AGENDA PERTUMBUHAN DAN AGIHAN (ECONOMIC GROWTH WITH DISTRIBUTION)

Pendekatan pertumbuhan dan agihan (economic growth with distribution) yang terbukti berjaya sepanjang pelaksanaan DEB hendaklah diteruskan.

MBE mesti mempunyai rancangan yang kukuh untuk meneruskan agenda pertumbuhan dan agihan (economic growth with distribution) walaupun Negara berdepan dengan kehendak dan keperluan menangani proses globalisasi dan liberalisasi.

4. DASAR EKONOMI DI DALAM MBE UNTUK ORANG BUMIPUTERA PERLU DISASARKAN KEPADA PENINGKATAN PENYERTAAN, PEMILIKAN DAN PENGUASAAN KEKAYAAN DALAM PELBAGAI SEKTOR STRATEGIK.

Kongres dengan penuh kekesalan terpaksa menerima hakikat bahawa kerajaan telah gagal membantu Bumiputera dari segi penyertaan, pemilikan dan penguasaan di dalam berbagai sektor stratejik dan ini telah menyebabkan;

i. Pencapaian sasaran pemilikan ekuiti yang rendah.

ii. Pemilikan hartanah bumiputera di kawasan strategik masih rendah.

iii. Keupayaan untuk mengekalkan pegangan syer di kalangan individu bumiputera yang masih rendah.

Sehubungan dengan itu MBE mesti mengamalkan dasar 3P iaitu Penyertaan, Pemilikan Dan Penguasaan dalam bidang-bidang yang mampu melonjakkan penguasaan Bumiputera mengikut sektor ekonomi.

Ini bermakna dasar ekonomi di dalam MBE untuk Bumiputera perlu disasarkan kepada peningkatan penyertaan, pemilikan dan penguasaan KEKAYAAN (meliputi pendapatan (income), sewaan, premis, hartanah, harta intelek, kontrak, konsessi, permit dan lain-lain) dalam pelbagai sektor strategik.

SASARAN baru yang dicadangkan oleh Kongres adalah pada kadar maksima 67% dan minima 30%. Nisbah 67% : 30 % adalah untuk penduduk negara ini (domestik) sahaja.

5. DASAR EKONOMI AFIRMATIF DAN DISTRIBUTIF UNTUK MEMASTIKAN PENYERTAAN ORANG BUMIPUTERA DALAM PELBAGAI SEKTOR EKONOMI TERUS DIPERTAHANKAN

Kongres mengalu-alukan kenyataan YAB. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib bahawa beliau menyokong DEB dan menganggap objektif DEB masih relevan dan MBE akan mempunyai elemen tindakan afirmatif dari Dasar Ekonomi Baru, tetapi ianya akan disesuaikan / diperbaharui dan dilaksana berdasarkan 4 prinsip berikut;

i. Mesti mesra pasaran.

ii. Mesti berdasarkan merit.

iii. Mesti telus.

iv. Mesti berdasarkan keperluan (needs based).

Walaubagaimanapun Kongres ingin menambah satu lagi prinsip iaitu ‘Mesti berdasarkan kaum’. Asas kepada prinsip ke 5 ini ialah kerana Negara ini tidak dapat lari dari pendekatan berasaskan kaum seperti mana terdapat di dalam perlembagaan Negara.

Kongres berharap pendekatan perlaksanaan 5 prinsip diatas hendaklah dilaksana dengan mekanisma yang betul bagi memastikan ianya mencapai kejayaan. Jika pendekatan mesra pasaran dan meritrokrasi tidak di beri definasi yang jelas maka ianya akan menimbulkan ketidakpuasan dan protes di kalangan Bumiputera khususnya Masyarakat Perindustrian Dan Perdagangan Bumiputera (MPPB).

Sehubungan dengan itu Kongres mengesa kerajaan meneruskan dasar-dasar DEB di dalam MBE dengan strategi dan program yang lebih berkesan. Ini adalah kerana DEB yang telah terbukti berjaya membawa kemakmuran dan keamanan kepada negara ini.

6. SEKTOR SWASTA SEBAGAI PEMACU EKONOMI DI BAWAH MBE MASIH MEMERLUKAN “INTERVENTION” KERAJAAN

Diakui dan disedari bahawa sektor swasta adalah pemacu utama ekonomi negara. Namun, untuk mempastikan keadilan distributif (distributive justice) dinikmati oleh semua rakyat, khususnya Bumiputera, maka MBE hendaklah mempastikan:

i. Kerajaan terus melaksanakan dasar intervensi yang strategik untuk membantu Bumiputera menyertai aktiviti ekonomi negara dengan lebih berkesan lagi.

ii. Kerajaan mewujudkan ‘padang permainan yang rata’ untuk membolehkan Bumiputera bersaing secara adil,

iii. Kerajaan membetulkan market imperfection and market distortion.

iv. Kerajaan memecah / merobohkan monopoli dan kartel.

v. Kerjaan mendapatkan aku janji dari pihak swasta untuk:

a). Menghapuskan diskriminasi terhadap Bumiputera.

b). Menyusun semula gunatenaga dan kekayaan.

c). Mewujudkan ‘padang permainan yang rata’.

7. MBE MESTILAH MEMASTIKAN SOKONGON KERAJAAN SECARA BERTERUSAN KEPADA MASYARAKAT PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN BUMIPUTERA (MPPB)

MBE yang akan digubal mestilah memastikan sokongon kerajaan secara berterusan kepada MPPB bagi membina dan memperkukuhkan keupayaan dan daya saing di pasaran tempatan dan meneroka peluang di luar negara.

Ini perlu dilakukan melalui pelbagai bantuan dana, geran program latihan, idea, pemudahcara dan insentif yang ditawarkan untuk usahawan Bumiputera. Perlaksaan dasar MPPB yang telah GAGAL berjalan semenjak 2006 melibatkan 13 kluster industri PERLU dihidupkan semula, diperluas dan diperkasakan melalui MBE.

8. MARA PERLU DIPERTINGKATKAN DENGAN MELETAKKANNYA DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI DAN PENGERUSI MARA DINAIK TARAF MENTERI YANG MEMPUNYAI NKRA MEMBANGUNKAN USAHAWAN BUMIPUTERA.

Kongres merasakan pembubaran MECD telah menyebabkan orang melayu merasa kecewa dengan kerajaan dan sebagai “ganti rugi” dan “mengubat rasa kecewa” itu maka Kongres mencadangkan peranan MARA dipertingkatkan keupayaannya. Ini boleh dilakukan dengan cara mengembalikan MARA kepada fungsi asal seperti termaktub dalam Akta MARA.

Ini bagi membolehkan MARA lebih fokus kepada tanggungjawab dalam sektor pendidikan, pembangunan usahawan mikro dan usahawan skala IKS.

Oleh itu, Kongres mencadangkan MARA dipertingkatkan peranannya dengan meletakkannya di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan Pengerusi MARA dinaik taraf Menteri yang mempunyai NKRA bagi pembangunan ekonomi Agenda Bumiputera.

9. AGENDA PEMBANGUNAN EKONOMI BUMIPUTERA SEBAGAI NKRA WAJIB DI SETIAP KEMENTERIAN DAN GLC

Agenda pembangunan ekonomi Bumiputera sebagai NKRA disetiap kementerian, jabatan dan GLC dengan menyediakan polisi, program dan outcome yang terperinci dan menjadikan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera sebagai salah satu kriteria kebertanggungjawaban Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pegawai Eksekutifnya dalam penilaian prestasi dan perlantikannya.

10. KETERBUKAAN PASARAN MESTI DIREALISASIKAN SECARA SAKSAMA DENGAN MEMECAHKAN AMALAN KARTEL DAN MONOPOLI DENGAN CARA MEMPERKENALKAN ANTI TRUST LAW.

Di dalam MBE semua sektor akan liberalisasikan dan ini akan menyebabkan pengusaha bumiputera dalam pasaran domestik terpaksa menghadapi persaingan yang tidak adil dari pelabur seluruh dunia dan akhirnya pengusaha Bumiputera akan kehilangan tempatnya dalam ekonomi Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Kongres mengesa pasaran ekonomi Malaysia tidak ‘diliberalised’. Keterbukaan pasaran mesti direalisasikan secara saksama dengan memecahkan amalan kartel dan monopoli dengan cara memperkenalkan Anti Trust Law.

11. MBE PERLU MEMPERKASA YAYASAN HARTANAH BUMIPUTERA BAGI MENINGKATKAN HARTANAH MILIK BUMIPUTERA

Sektor hartanah sering dilupakan oleh Kerajaan dalam pelaksanaan DEB, dan ini telah mengakibatkan pemilikan kaum Bumiputera di dalam bangunan dan premis adalah jauh kebelakang berbanding dengan orang kaum lain. Berikut adalah statistik hak milik premis mengikut kaum;

i. Hak milik premis kaum Cina adalah sebanyak 76.1% .

ii. Hak milik premis kaum Bumiputera adalah sebanyak 15.0%.

iii. Hak milik premis kaum India adalah sebanyak 3.8%.

Data dari UPE JPM (2007)

Kongres menganggap isu pemilikan bangunan dan premis sebagai isu “hidup dan matinya” jenerasi Bumiputera di masa akan datang.

Sehubungan dengan itu Kongres mengesa agar MBE yang akan digubalkan sekarang perlu membentuk instrumen yang betul-betul berkesan bagi memastikan orang Melayu dapat meningkat pemilikan bangunan dan premis.

Jika sekiranya Ekuinas (Ekuiti Nasional Berhad) ditubuhkan bagi memastikan penyertaan Bumiputera didalam pelaburan sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi maka adalah perlu Yayasan Hartanah Bumiputera (YHB) diberi tanggong jawab memastikan orang Melayu dapat meningkatkan pemilikan bangunan dan premis.

Kongres mencadangkan agar Kerajaan memperkasakan YHB ini dengan menyuntik modal permulaan sebanyak RM 10 billion dan akan berkembang sehingga RM 90 billion bagi membantu Bumiputera membeli bangunan dan premis di kawasan stratejik di bandar dan juga dipinggir bandar.

12. PERANAN AGENSI PEMBANGUNAN BUMIPUTERA SEPERTI MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA), PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) DAN PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNS) SERTA GLC BERKAITAN PERLU DIPERLUAS DAN DIPERKUKUHKAN.

Agensi-agensi amanah yang dipertanggungjawabkan membangunkan ekonomi Bumiputera perlu diberikan sumber pengupayaan yang lebih efisien, berkesan dan berorientasikan hasil.

Peranan agensi pembangunan Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SME Corp dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) serta GLC berkaitan perlu diteruskan, diperluas dan diperkukuhkan.

13. KUOTA BUMIPUTERA PADA SEKTOR STRATEGIK TIDAK DIHAPUSKAN

MBE mencadangkan agar semua jenis intrumen berbentuk kuota dihapuskan dan ini bertentangan dengan fasal 153 perlembagaan Negara. Elemen yang melonjakkan keupayaan usahawan Bumiputera adalah melalui pengagihan lesen, permit dan aset.

Sehubungan dengan itu Kongres mengesa kerajaan memastikan kuota bumiputera pada sektor strategik tidak dihapuskan malah perlu diwujudkan mekanisma baru yang kreatif. MBE mestilah memastikan bahwa instrumen-instrumen yang baru diperkenalkan disamping menambah baik instrumen lama yang bersifat mesra pasaran dengan tidak mengorbankan kepentingan Bumiputera.

14. MENERUSKAN PENGELUARAN KUOTA AP TERBUKA KERETA-KERETA IMPORT TERPAKAI KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT BUMIPUTERA

Keputusan kerajaan menghentikan pengeluaran AP Terbuka kereta-kereta import terpakai kepada syarikat-syarikat Bumiputera pada tahun 2015 akan menjejaskan pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sekaligus mengganggu tindakan afirmatif di dalam kluster automotif yang merupakan satu daripada 12 tunggak bagi pembangunan dan keutuhan Negara.

Oleh kerana hak mendapat AP dan pelbagai lesen-lesen perniagaan menjadi salah satu Hak Keistimewaan orang Melayu yang telah dipersetujui oleh founding fathers Negara, maka ianya hendaklah terus dihormati. Tambahan pula semua Pemimpin Negara telah bersumpah jawatan untuk melindungi, memelihara serta melaksanakan semua peraturan yang terkandung dalam perlembagaan. Sumpah keramat ini tidak boleh diabai/dilanggar oleh mereka.

Selama 30 tahun, peniaga kereta import terpakai Bumiputera telah megimport jumlah pelaburan sebanyak RM1.5 Billion di dalam sub sektor permotoran sahaja. Mereka telah menyumbang lebih daripada RM20 Billion kepada pendapatan Negara dan lebih daripada RM1 Billion setahun dalam bentuk duti import, eksais dan jualan.

Mereka telah mengembangkan perniagaan masing-masing dengan melabur di dalam industri pelancongan, hartanah, peladangan, penternakan, pendidikan dan pembuatan, pemasaran, pengeluaran makanan, perfileman dan telah menyumbang dalam bentuk lebih daripada 70,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan yang mewakili lebih daripada 280,000 orang isi rumah. Urusniaga mereka juga telah menjana pulangan yang menguntungkan kepada sektor yang berkaitan dengannya seperti perbankan, insuran, pengangkutan, baik-pulih kenderaan dan sebagainya. Peniaga kereta import Bumiputera memerlukan perniagaan asas pengimportan kereta ini bagi menjamin kesinambungan perniagaan mereka dalam bidang-bidang yang lain selain terus bergiat aktif di dalam rantaian nilai automotif sediada.

Sehubungan dengan itu, Kongres mencadangkan supaya pemberian AP terbuka kereta-kereta terpakai kepada syarikat-syarikat Bumiputera diteruskan selaras dengan kehendak Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Sebarang rancangan untuk tidak meneruskan pemberian AP akan ditentang sekeras-kerasnya oleh Kongres.

15. ISU KONTRAKTOR BINAAN BUMIPUTERA DI DALAM MODEL EKONOMI BARU (MEB)

Kontraktor binaan Bumiputera sering mengalami berbagai masalah yang perlu diberi perhatian. Antara isu ialah

i. Mendapat bekalan bahan binaan.

Kontraktor binaan Bumiputera tidak menguasai rantaian bekalan bahan binaan. Harga bahan tidak dapat dikawal selain yang sedia dalam senarai barangan kawalan. Kalau ada kenaikan, kos projek juga berubah. Permohonan untuk mengubah kos (variation cost) perlu dibuat dan akhirnya boleh mengurangkan keuntungan.

Sehubungan dengan itu, Kongres mendesak kerajaan agar mengujudkan instrumen dan makanisma baru bagi memastikan Kontraktor binaan Bumiputera menguasai rantaian bekalan bahan binaan yang kini dikuasai oleh bukan Bumiputera. Adalah dicadangkan nama instrumen ini dimanakan 1 Malaysia Supply Chain.

ii. Kontrak Binaan Prasarana.

Kontraktor binaan Bumiputera kini bimbang dengan cadangan Kerajaan agar kontrak prasarana yang diperuntukan 30% kepada Bumiputera tidak lagi diberi kapada Kontraktor binaan Bumiputera.

Sehubungan dengan itu, Kongres mendesak kerajaan terus mengekalkan dasar agar kontrak prasarana yang diperuntukan 30% itu kepada Kontraktor binaan Bumiputera.

16. MENGUJUDKAN SEMULA MECD DAN MEMPERKASAKAN KEUSAHAWANAN BUMIPUTERA

Secara umumnya sektor keusahawan dibahagikan kepada 3 ketogori iaitu kecil, menengah dan atas. Tidak dapat dinafikan bahawa sektor ini telah memberi sumbangan besar dalam peningkatan ekonomi rakyat , keluarga dan Negara khususnya kaum Bumiputera. DEB berjaya memercukan lagi sektor ini selaras dengan perlaksanaan rancangan pembangunan Negara sehingga tertubuhnya pelbagai institusi keusahawanan dan kemuncaknya MECD.

MECD berjaya menggubal, melaksana dan menyelia serta menyatukan dasar dalam membentuk dan membangunkan Masyarakat Keusahawan Bumiputera (MKB) Malaysia. Namun dengan pemansuhan MECD, masa depan sektor ini dilihat seolah kehilangan arah walaupun sesetengah fungsinya diserapkan ke institusi, jabatan dan kementerian tertentu. Peranan dan perlaksanaannya telah dipecah-pecahkan, menjadikan ianya hilang fokus dalam usaha membentuk MKB.

Akibatnya kini perancangan, perlaksanaan dan pembangunan MKB menjadi semakin kecil kerana peranan tersebut kini hanyalah merupakan sebahagian daripada fungsi institusi, jabatan atau kementerian berkenaan yang pada umumnya lebih mengutamakan / mengfokuskan kepada ‘fungsi asasnya’ (their own core business). Oleh itu Kongres memandang serius perkara ini dan mendesak Kerajaan mengambil langkah segera 8 perkara berikut;

i. Mewujudkan semula MECD.

ii. Merangka dasar dan melaksanakannya secara jelas melalui MBE bagi menjayakan MKB.

iii. Mewujudkan institusi khusus bagi menfasilitasi usahawan dalam bidang kemahiran, kepakaran, pemasaran dan instrument kewangan / insuran.

iv. Mengekal dan memperluaskan penglibatan GLC & GILC dalam semua sektor perniagaan bagi membolehkan usahawan Bumiputera mendapat menafaat secara langsung.

v. Menyediakan kurikulum keusahawan di semua peringkat pendidikan.

vi. Membangun, memaju dan memperluaskan program PROSPER, Francais, Vendor dan mentor menti.

vii. Mempastikan agensi terlibat seperti Perbadanan Ekonomi Negeri, Majlis Tempatan, TEKUN, MARA, SMIDEC, CGC, PUNB, PNSB, MATRADE, MDEC dan EKUINAS lain-lain terus mewujudkan peluang keusahawan dan membantu secara horisontal dalam mewujudkan Masyarakat Keusahawanan Bumiputera (MKB).

viii. Menyokong dan membantu semua pertubuhan / organisasi keusahawanan Bumiputera di semua peringkat di seluruh Negara.

17. MENGEMBALIKAN SISTEM KOUTA SEBAGAI DASAR BAGI KEMASUKAN KE SEMUA IPTA YANG MANA MEMPERUNTUKKAN 67% UNTUK BUMIPUTERA DAN 33% UNTUK BUKAN BUMIPUTERA

Antara hala tuju yang dalam MBE bagi membantu golongan Bumiputera seperti yang diumumkan oleh YAB Dato Seri Najib dalam transformasi ekonomi negara pada Invest Malaysia 2009 tersebut adalah dengan cara meningkatkan tenaga kerja professional Bumiputera. Namum KONGRES berpendapat usaha ini akan gagal kerana masalah ”SUPPLY”.

Halangan usaha untuk meningkatkan tenaga kerja professional Bumiputera berlaku kerana sistem meritokrasi yang diperkenalkan oleh Tan Sri Musa Mohamad bekas Menteri Pendidikan ketika itu. Beliau telah menghapuskan Sistem Kuota dan memperkenalkan sistem meritokrasi bagi kemasukan ke IPTA di negara ini.

Berikut adalah statistik yang berkaitan dengan kesan sistem meritokrasi (yang menggantikan sistem kuota dimana sistem kuota memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India) yang telah dilaksanakan di Universiti Malaya untuk kemasukan pelajar pada sessi 2002/2003.

KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI MALAYA BERDASARKAN SISTEM MERITOKRASI BAGI PENGAMBILAN PELAJAR SESSI 2002/2003

FAKULTI

BUMIPUTERA SISTEM KUOTA

BUMIPUTERA SISTEM

MERITOKRASI

BUKAN BUMIPUTERA

SISTEM

KUOTA

BUKAN BUMIPUTERA

SISTEM MERITOKRASI

PERUBATAN

103

78

51

82

EKONOMI

88

29

56

114

PERAKAUANAN

99

80

50

82

UNDANG 2

57

10

29

63

PERNIAGAAN

88

4

56

150

SAINS

551

481

351

455

FARMASI

28

16

14

29

KEJURUTERAAN ELETRIK

63

31

32

74

KEJURUTERAAN KIMIA

44

23

22

50

KEJURUTERAAN MEKANIK

63

37

32

61

SUMBER : UNIVERSITI MALAYA

Dengan menjadikan Universiti Malaya sebagai tanda aras (bagi trend kemasukan pelajar bukan Bumiputera yang bertambah akibat sistem meritokrasi) maka jumlah pelajar Bumiputera yang memasuki semua IPTA dalam bidang kritikal IPTA adalah rendah berbanding kaum lain.

Trend ini terus berlaku untuk tempoh hampir 8 tahun dan ini telah mengakibatkan pelajar Bumiputera berkurangan di dalam bidang- bidang kritikal di semua IPTA. Setelah hampir 8 tahun sistem meritrokrasi dilaksanakan, tiba-tiba Tun Dr. Mahathir Mohamad mula rasa bimbang dengan jumlah kemasukan pelajar Melayu ke IPTA terutama di dalam bidang kritikal yang didapati semakin berkurangan berbanding kaum lain. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009).

Kebimbangan ini berasas apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) agak rendah berbanding kaum lain di negara ini. Bagaimanapun, katanya, bilangan pelajar Melayu semakin meningkat di IPTA tetapi kebanyakannya tertumpu dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009). Jika trend ini terus di biarkan berlaku maka usaha untuk meningkatkan tenaga kerja professional Bumiputera akan gagal kerana masalah ”SUPPLY”.

Jadual di muka surat 25 menunjukkan kaum Bumiputera berlaku defisit di dalam semua bidang prosfesional berbanding dengan jumlah penduduk Bumiputera di negara ini. Manakala bagi kaum Cina tidak berlaku defisit berbanding dengan jumlah penduduk Cina di negara ini. Dengan dasar meritrokasiyang sedang diamalkan sekarang maka jurang ini akan bertambah luas dan ini menjejaskan kepentingan Bumiputera

Sehubungan dengan itu, Kongres mendesak kerajaan agar mengembalikan sistem kouta sebagai dasar bagi kemasukan ke semua IPTA yang mana memperuntukkan 67% untuk Bumiputera: 33% untuk Bukan Bumiputera. Ini adalah kerana sistem meritokrasi bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

18. MENDESAK AGAR NISBAH TAJAAN BIASISWA JPA 50:45 DAN 5% DIMANSUHKAN KERANA NISBAH TERSEBUT NYATA BERTENTANGAN DENGAN PERKARA 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Kongres ingin menarik perhatian kepada pengumuman JPA bahawa bagi tahun 2008, nisbah tajaan biasiswa JPA adalah 50% untuk pelajar Bumiputera dan 45% untuk pelajar-pelajar bukan Bumiputera. Lebih mengelirukan kami semua ialah baki 5% lagi diberi kepada kaum-kaum lain!

MENENTANG NISBAH 50:45:5 kerana;

1. Perkara pemberian biasiswa adalah berkait rapat dengan Hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Oleh itu ia menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, di mana Yang DiPertuan Agung dipertanggungjawabkan memelihara kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera termasuklah peruntukkan biasiswa. Oleh itu pelaksanaannya hendaklah dilakukan dengan penuh komited dan dengan keazaman politik (political will) yang tinggi. Justeru, peruntukkan biasiswa adalah kuasa mutlak Yang DiPertuan Agung. Pelaksana-pelaksana seperti pegawai-pegawai JPA tidak ada kuasa sama sekali untuk sewenang-wenangnya mengubah nisbah pemberian biasiswa sesuka hati mereka, walau dalam apa jua alasan sekali pun.

2. Nisbah baru ini memberi kesan peningkatan biasiswa kepada bukan Bumiputera dengan mengambil terus tambahan biasiswa itu daripada kouta Bumiputera. Nisbah 90:10 iaitu 90% Bumiputera dan 10 % bukan bumiputera telah dikurangkan daripada 90% kepada 50% bumiputera dan bukan bumiputera ditambah dari 10% kepada 45% . Penajaan biasiswa JPA pada tahun 2007, daripada 1,800 biasiswa luar negara JPA, 1,620 diberi kepada bumiputera dan 180 diberi kepada bukan bumiputera. Tetapi dengan nisbah yang baru yang dilaksanakan pada 2008, daripada jumlah 2000 biasiswa JPA, 1,100 diberi kepada Bumiputera dan 900 kepada bukan Bumiputera. Ini bermakna pengurangan sebanyak 520 biasiswa untuk Bumiputera dan peningkatan sebanyak 720 biasiswa untuk bukan Bumiputera.

3. Peningkatan biasiswa kepada bukan Bumiputera tanpa peningkatan jumlah tajaan keseluruhannya. Akibat daripada pelaksanaan nisbah baru 55:45 (atau 50:45:5) adalah tidak adil dan menghakis hak Melayu. Berdasarkan kepada apa alasan sekalipun, ianya tidak menurut semangat peruntukkan perlembagaan perkara 153. Hak biasiswa orang Melayu walaupun diterjemah kepada apa sahaja bentuk atau nisbah TETAP MILIK ORANG MELAYU.

4. Bilangan penduduk Bumiputera ialah 67%, sedangkan peruntukkan biasiswa hanya 50% sahaja. Nampaknya dalam kes peningkatan biasiswa JPA untuk bukan Bumiputera tanpa tambahan jumlah biasiswa untuk Bumiputera adalah dalam keadaan menang-kalah (win-lose situation). Yang kalah adalah Bumiputera.

5. Perkara biasiswa adalah amat sensitif kepada masyarakat Bumiputera, khususnya Melayu kerana kuota biasiswa ini termaktub dalam perlembagaan (Perkara 153). Orang Melayu mengganggap biasiswa adalah salah satu hak istimewa orang-orang Melayu yang dipersetujui sebagai pra syarat kepada bina-negara (nation-building) kita. Sebab kita semua sedar bahawa pendidikan merupakan satu kaedah terbaik untuk mencapai matlamat membina negara bangsa.

DESAKAN KONGRES

1. Nisbah 50:45 dan 5% untuk kaum-kaum lain dimansuhkan kerana nisbah tersebut bermakna 50% untuk Bumiputera dan 50% untuk bukan bumiputera yang nyata bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

2. Kongres mencadangankan agar kembali semula kepada nisbah 90%:10% ataupun berdasarkan NISBAH MENGIKUT KOMPOSISI BILANGAN PENDUDUK NEGARA INI, iaitu 67% bumiputera dan 33% bukan bumiputera atau 67:33.

3. Penganugerahan 67% biasiswa JPA untuk Bumiputera adalah adil kerana ianya mencerminkan demografi penduduk dan Kongres yakin ramai pelajar Bumiputera perlu dibantu walaupun terdapat juga pelajar-pelajar bukan Bumiputera yang cemerlang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Mereka ini juga perlu diberi keutamaan berbanding dengan pelajar-pelajar dari keluarga berada.

4. Isu penganugerahan biasiswa ini jangan dipolitikkan, mengikut sentimen perkauman. Kaedah penyelesaian hendaklah berdasarkan kepada semangat peruntukkan 153 Perlembagaan Persekutuan dengan nisbah yang adil kepada semua kaum. Nisbah 67:33 yang dicadangkan adalah nisbah menang-menang (win-win situation) dan boleh menyelesaikan perasaan tidak puas hati dan syak wasangka antara kaum di Malaysia.

5. Kaedah Enlarging The Cake hendaklah digunakan di mana pendekatan JPA untuk menambah tajaan biasiswa luar negara bukannya melalui pengurangan kuota biasiswa Bumiputera tetapi melalui penambahan jumlah peruntukkan tajaan biasiswa. Jika diterima saranan nisbah 67:33, maka bermakna kerajaan terpaksa menambah 720 tempat lagi. Jadi jumlah tajaan akan menjadi 2,720 tempat bukan 2,000 tempat seperti sekarang. Hasilnya jumlah tajaan bumiputera akan meningkat dari 1,100 tempat kepada 1,820 tempat, disamping penambahan bilangan tajaan bukan bumiputera kekal kepada 900 tempat seperti sekarang.

19. SEMUA PELAJAR MELAYU/BUMIPUTERA YANG MEMBUAT IJAZAH KURSUS STRATEGIK DAN KRITIKAL DALAM BIDANG PERUBATAN DAN SEBAGAINYA DI UNIVERSITI LUAR NEGARA YANG DI IKTIRAF KERAJAAN SERTA MENAWARKAN KOS PENGAJIAN LEBIH MURAH DARI IPTA TEMPATAN WAJAR DIBERI BIASISWA PENUH SECARA OTOMATIK

Kongres mendesak kerajaan melaksanakan peruntukan perkara 153 perlembagaan persekutuan tanpa kompromi bersabit dengan pelajar Melayu/Bumiputera yang membuat ijazah di universiti luar negara supaya mereka di beri tajaan biasiswa penuh negara secara otomatk.

Di dalam hubungan ini Kongres mendesak kerajaan memberi tajaan biasiswa penuh JPA atau MARA kepada pelajar Melayu di dalam bidang perubatan Universiti Mansoura Mesir kerana mereka layak.

20. MENAMBAH PERUNTUKKAN KEPADA MARA DAN AGENSI DIBAWAHNYA BAGI MEMBANTU GOLONGAN BUMIPUTERA.

Kongres dikejutkan dengan laporan akhbar NST bertarikh 17.1.2010 bahawa kementerian Pelajaran telah memberi peruntukan sebanyak 1.8 bilion setiap tahun untuk sekolah-sekolah Cina. Selain daripada itu kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90 juta di bawah pusingan pertama pakej rangsangan khusus bagi membina 90 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) manakala RM50 juta lagi diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih SJKC tententu sedangkan peruntukan untuk MARA bagi tahun 2010 telah dipotong.

Selain daripada itu Kongres juga merasa kecewa dengan laporan dari Bernama bertarikh 3.12.2009 bahawa MARA belum dapat memenuhi semua permohonan pinjaman pelajaran ekoran kekurangan peruntukan. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sepanjang tahun ini, Mara hanya dapat memberikan pinjaman kepada 13,419 pelajar berbanding 19,457 permohonan yang memenuhi kelayakan." Pada 2008, seramai 37,846 orang menerima pinjaman berbanding jumlah pemohon yang layak iaitu 39,220 orang.

Kongres bimbang peruntukkan yang sepatut diberi kepada orang Bumipytra melalui MARA besar kemungkinan di potong untuk memberi laluan dan disalurkan kepada Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun 2010. Jika sekiranya benar ini berlaku maka orang Melayu perlu bimbang dan KONGRES mempunyai hak untuk menyuarakan kebimbangan orang-orang Melayu

Ini adalah kerana peluang pelajar-pelajar Melayu untuk mendapat Biasiswa Nasional berdasarkan merit adalah tipis kerana biasiswa tersebut akan diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik yang layak dan tanpa mengira kaum. YAB Perdana Menteri semasa berucap di majlis makan malam MCA di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 28.6.2009 berkata bahawa Biasiswa Nasional adalah untuk individu yang benar-benar layak tanpa mengira kaum atau keturunan.

Sehubungan dengan itu, Kongres mendesak kerajaan agar menambah peruntukkan kepada MARA dan agensi dibawahnya bagi membantu golongan Bumiputera.

21. PERANAN PEMUDAH DI PANTAU KERANA BIMBANG AKAN MENGGANGU DASAR AFIRMATIF DAN DISTRIBUTIF KERAJAAN

Kongres memandang berat terdapat banyak rungutan pegawai-pegawai kerajaan berhubung dengan campur tangan PEMUDAH terhadap dasar kerajaan dimana mereka cuba mengubah dasar afirmatif dan distributif yang sedang diamalkan oleh kerajaan di peringkat Kementerian. Oleh itu kongres menggesa Ketua Setiauasaha Negara memantau kegiatan pengerusi bersama PEMUDAH agar ianya tidak akan merugikan Bumiputera.

Makluman balas yang diperolehi oleh Kongres mendapati Ketua Setiausaha Negara mengamalkan pendekatan “lepas tangan” dan mengamalkan pendekatan tidak ‘mesra Bumiputera’ di dalam urusan pertadbiran negara dan tindakan beliau ini sesungguhnya akan menjejaskan kepentingan Bumiputera.

22. MEMPERKASAKAN INSTITUSI DAN INSTRUMEN KEWANGAN ISLAM

MBE yang digubal oleh MPEN tidak menyebut institusi dan intrumen islam sebagai kaedah untuk membantu Bumiputera didalam bidang ekonomi. Sehubungan dengan itu Kongres mencadangkan supaya:

a). Memperkuatkan pentadbiran institusi wakaf – dengan menubuhkan Agensi wakaf Nasional yang bertindak sebagai pengurus dan penyelaras dana wakaf peringkat negeri.

b). Menggunakan prinsip Qardhul Hassan dalam sistem kewangan iaitu dengan mewujudkan skim jaminan hayat, Bank Qardhul Hassan, Amanah Saham Qardhul Hassan dan Bon Qardhul Hassan.

c). Memperkasakan pengurusan Baitulmal dengan menubuhkan Baitulmal peringkat nasional yang bertanggungjawab menguruskan dana Baitulmal negeri.

Arah tuju ekonomi Negara perlu berpaksikan kepada ekonomi Islam yang berkonsepkan Tauhid, Rububiyah dan Tazkiyah. Ekonomi Islam dapat menawarkan jalan keluar terhadap pelbagai permasalahan bangsa akibat dari krisis ekonomi, kewangan dan sosial. Ekonomi Islam merupakan tuntutan kehidupan sekaligus memiliki dimensi ibadah.

Menjadi Negara maju tidak hanya diukur dari aspek material semata-mata. Kejayaan juga bukan hanya dinilai dari sudut pertambahan angka-angka ekonomi di atas kertas sahaja. Masyarakat perlu punya jati diri yang kukuh kerana batasan antara salah dan betul, dosa dan pahala hanyalah suatu garis halus yang mudah dibolosi jika hal-hal yang berkait dengan keimanan diabaikan.

23. PENUBUNAN “INSTITUT KAJIAN STRATEJIK TUN RAZAK” DAN MEMBANTU MENGUPAYAKAN PUSAT-PUSAT KAJIAN STRATEGIK MELAYU

Pada ketika ini pihak NGO-NGO Melayu mendapati sukar untuk mendapatkan data mengenai pembangunan sosio-ekonomi serta pendidikan orang Melayu dan kesukaran ini telah menyebabkan NGO-NGO Melayu gagal memberi cadangan-cadangan yang konkrit bagi pembangunan sosio-ekonomi dan pendidikan orang Melayu.

Sehubungan dengan itu Kongres ingin mencadangkan supaya agar satu institut dinamakan Institut Kajian Stratejik Tun Razak diujudkan bagi mengumpul segala data berhubung dengan pembangunan ekonomi orang Melayu dan membekal data-data tersebut kepada NGO-NGO Melayu.

Kerajaan juga perlu memberi bantuan kewangan kepada Institut Kajian Stratejik Tun Razak untuk menjadi pusat pengkalan data strategik Bumiputera disamping menjadi pusat penerokaan bidang-bidang berimpak tinggi yang boleh direbut pengusaha Bumiputera.

Selain daripada itu Kongres juga ingin mencadangkan agar kerajaan membantu mengupayakan pusat-pusat kajian strategik Melayu atau badan-badan perniagaan Melayu untuk menjalankan kajian dan pembamgunan (R&D) mereka.

24. PERANAN PEMUDAH DI PANTAU KERANA BIMBANG AKAN MENGGANGU DASAR AFIRMATIF DAN DISTRIBUTIF KERAJAAN

Kongres memandang berat terdapat banyak rungutan pegawai-pegawai kerajaan berhubung dengan campur tangan PEMUDAH terhadap dasar kerajaan dimana mereka cuba mengubah dasar afirmatif dan distributif yang sedang diamalkan oleh kerajaan di peringkat Kementerian. Oleh itu kongres menggesa Ketua Setiauasaha Negara memantau kegiatan pengerusi bersama PEMUDAH agar ianya tidak akan merugikan Bumiputera.

Makluman balas yang diperolehi oleh Kongres mendapati Ketua Setiausaha Negara mengamalkan pendekatan “lepas tangan” dan mengamalkan pendekatan tidak ‘mesra Bumiputera’ di dalam urusan pertadbiran negara dan tindakan beliau ini sesungguhnya akan menjejaskan kepentingan Bumiputera.

25. ISU KONTRAKTOR ICT BUMIPUTERA DI DALAM MODEL BARU EKONOMI (MBE)

Syarikat ICT Bumiputera sering mengalami berbagai masalah yang perlu diberi perhatian. Antara isu ialah

a) Mendapat bekalan bahan “hardware”& “perishables” dengan harga kompetitif

Seperti di dalam sektor pembinaan, syarikat ICT Bumiputera pada lazimnya mendapat “hardware”& “perishables” pada harga yang kurang kompetitif. Ini adalah kerana syarikat ICT Bumiputera tidak menguasai rantaian bekalan bahan tersebut.

Walaupun terdapat segelintir syarikat Bumiputera ICT yang terlibat dalam rantaian ini, namun tidak mendapat sokongan yang bersepadu untuk menyokong usaha mereka ini.

Sehubungan dengan itu, KONGRES mendesak kerajaan agar mengujudkan instrumen dan makanisma baru bagi memastikan Syairkat ICT Bumiputera menguasai rantaian bekalan bahan hardware ICT yang kini dikuasai oleh bukan Bumiputera.

b) Tidak dapat menjual produk hasil industri kreatif di prasarana global

Syarikat ICT Bumiputera yang berkecimpung dalam industri kreatif semakin meningkat. Sektor ini telah dikatakan sebagai salah satu sektor ekonomi berpotensi tinggi. Tambahan pula, sektor ini sebenarnya adalah satu sektor yan dapat dikuasai oleh Syarikat Bumiputera, bahkan bantu menaikkan pendapatan seorang individu bumiputera. Masalahnya walaupun mereka dapat menghasilkan produk yang kreatif dan berdaya saing, tetapi dari segi kapasiti kewangan dan ilmu, serta memasuki di pasaran global.

Sehubungan dengan itu, Kongres mencadangkan agar satu organisasi baru ditubuhkan dan diberi mandat dan kewangan untuk memasarkan produk industri kreatif sepertimana Malaysian Agri Food Corporation(anak Syarikat Khazanah Nasional) yang diberi mandat untuk memasarkan hasil tani.

c) Kontrak ICT Kerajaan/GLC

Syarikat ICT Bumiputera kini bimbang pembahagian kontrak ICT didalam Kerajaan / GLC yang seringkali difahamkan diberi kepada syarikat luar walaupun perkhidmatan tersebut dapat diberi oleh Syarikat Bumiputera.

Sehubungan dengan itu, Kongres mendesak kerajaan terus mengekalkan dasar agar kontrak ICT yang diperuntukan 67% kepada Syarikat ICT Bumiputera.

d) SME Bumiputera masih belum celik ICT

Syarikat ICT Bumiputera sedar bahawa pasaran ICT dikalangan SME juga adalah satu pasaran yang berpotensi besar. Walaubagaimanapun, masalahnya adalah kebanyakan SME Bumiputera masih belum celik ICT, dimana mereka boleh menjadi satu sumber pembeli yang signifikan.

Sehubungan itu, Kongres mencadangkan agar kerajaan terus memberi insentif dan promosi kepada SME agar mereka ini boleh menjadi lebih celik ICT dan membantu ekonomi Negara. Ini sejajar dengan usaha High Speed Broadband yang di pelopori oleh YAB Perdana Menteri.

f) Syarikat ICT Bumiputera masih kecil

Walaupun terdapat syarikat ICT Bumiputera yang berdaya saing, kebanyakan syarikat ICT Bumiputera berada dalam kategori yang boleh disamakan dengan kontraktor Kelas F dalam sektor pembinaan.

Sehubungan itu, Kongres mencadangkan beberapa pendekatan seperti berikut:

· Lancarkan program berstruktur “Mergers & Acquisition” untuk menggabungkan syarikat ICT Bumiputera yang kecil

· Mengujudkan beberapa konsortium ICT bumiputera yang dapat menjadi ikon dan tunjak kepada syarikat yang lebih kecil. Walaupun dulu program yang sedemikian pernah ada, tetapi ianya tidak berterusan dan impak keberkesanannya kurang.

· Lancarkan program Go Global ICT yang diterajui oleh beberapa syarikat ICT Bumiputera dengan syarat mereka “membawa” produk-produk Malaysia.

26. PELAKSANA DASAR MBE HENDAKLAH MEMPUNYAI MISI YANG JELAS DIDALAM MEMBANTU BUMIPUTERA

Banyak aspek dan harapan yang tersurat dan tersirat dalam dasar dan pelan pembangunan masa lalu tidak dihayati oleh pelaksana. Peruntukan telah dibelanjakan, kuasa telah digunakan, program telah dilancarkan tetapi matlamat yang diharap oleh DEB nampaknya tidak menjadi matlamat yang sepatutnya dijiwai secara meluas oleh pemegang jawatan dalam jentera kerajaan.

Kongres bimbang apabila pembangunan Ekonomi Bumiputera di dalam MBE tidak dinyatakan dengan jelas maka pelaksana di kalangan pegawai kerajaan dan GLC akan mendapati sukar untuk melaksanakan dasar bagi membantu Bumiputera dan ini sesungguhnya akan menjejaskan uasaha membantu Bumiputera.

Sehubungan dengan itu Kongres mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil tindakan seperti berikut:

  1. Mengubal modul latihan yang khusus berhubung dengan kaedah menjayakan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera.

  1. Mengujudkan standard operating procedur (SOP) yang jelas di dalam menjayakan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera diperingkat kementerian, jabatan dan GLC

27. PERANAN PETRONAS MEMBANTU BUMIPUTERA DI BAWAH MBE MUNGKIN TERJEJAS DENGAN DASAR BARU PETRONAS YANG TIDAK MESRA BUMIPUTERA

Kongres difahamkan bahawa semenjak Dato’ Shamsul Azhar Abbas mengambil alih dari Tan Sri Hassan Merican pada bulan Februari 2010 telah berlaku beberapa perubahan ketara dalam dasar dan arah tuju Petronas. Beliau telah memperkenalkan Model Baru Pengurusan Petronas yang mengariskan beberapa pendekatan baru bagaimana Petronas akan beroperasi seperti berikut;

1. Komposisi ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors - BOD) Petronas mengandungi hanya 2 wakil Kerajaan disamping kesemua Naib Presiden Eksekutif dan warga asing boleh dilantik menjadi BOD.

2. Jawatan Presiden dan CEO Petronas boleh dijawat oleh professional dari luar negara.

3. Petronas tidak akan melibatkan dalam aktiviti perniagaan hartanah dimana perniagaan ini akan dipindahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Kongres difahamkan akibat dari dasar baru tersebut maka telah berlaku perubahan komposisi BOD dan eksekutif kanan Petronas yang menyaksikan ramai bukan Bumiputera dan professional yang diambil dari luar berkerja di Pertronas.

Sehubungan dengan itu Kongres bimbang moral warga kerja Petronas terutama Bumiputera yang amat setia dalam perkhidmatan akan terjejas. Ini merupakan satu ‘penangan yang memalukan’ (humilating slap in the face) kepada professional Bumiputera di Petronas yang sudahpun berjaya membuktikan kemampuan mereka merancang, mengurus dan memperkembangkan sehingga Petronas sampai ketahap ini dan mampu membawa keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 89 billion pada tahun kewangan lepas. Tindakan pengurusan baru Petronas melantik bukan warga menunjukan keyakinan keatas kemampuan warga Bumiputera Malaysia amat rendah sekali.

Kongres berpendapat model pengurusan Petronas selama ini telah pun berjaya membawa imbuhan kewangan kepada negara. Petronas juga berjaya membangunkan modal insan, terutama dikalangan professional Bumiputera dan membuktikan kemampuan untuk meletakan syarikat kumpulan pembangun industri minyak 100% milik negara ini sebagai salah satu antara yang paling disegani, termasuk dikalangan syarikat gergasi yang sepenuhnya bukan milik negara.

Kongres bimbang perubahan model pengurusan baru Petronas yang tidak mesra Bumiputera ini akan secara tidak langsung merubah seluruh lanskap sosio-ekonomi negara dan memberi kesan kepada Bumiputera. Memandangkan MBE telah mengenalpasti sektor minyak dan gas sebagai bidang pertumbuhan baru maka Kongres bimbang perubahan dasar dan model pengurusan baru Petronas ini akan menjejas usaha untuk membantu Bumiputera melibatkan di dalam sektor minyak dan gas.

Sehubungan dengan itu Kongres mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan Petronas tidak memingirkan Bumiputera di dalam pengurusan petronas dan juga di dalam pemberian kontrak-kontrak perkhidmatan dan pengeluaran minyak dan gas.

28. SYARIKAT GLC PERLU MEMASUKKAN PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA SEBAGAI NKRA DAN SALAH SATU KRITERIA KEBERTANGGUNGJAWABAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIFNYA DALAM PENILAIAN PRESTASI DAN PERLANTIKANNYA

Syarikat GLC perlu memasukkan pembangunan usahawan Melayu sebagai NKRA mereka dengan menyediakan polisi, program dan outcome yang terperinci dan menjadikan pembangunan usahawan sebagai salah satu kriteria kebertanggungjawaban Ketua Pegawai Eksekutifnya dalam penilaian prestasi dan perlantikannya. Bagi memperkasakan MPPB maka Kongres mengemukakan model Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Menyeluruh Bumiputera dengan penglibatan daripada kerajaan, GLC dan swasta seperti berikut

29. PROSES PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTER BERORIENTASIKAN GLOBAL PERLU DIGANDAKAN BERPANDUKAN MODEL PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA

Menyedari hakikat bahawa pasaran negara adalah terhad, program dan galakan pembangunan usahawan global ini perlu dipertingkatkan. Mewujudkan program-program pembangunan usahawan K-Ekonomi yang mampu menerokai pasaran global dengan disokong oleh badan pengkomersilan, hasil R&D usahawan Bumiputera untuk dibawa ke pasaran global. Berikut adalah Model Pembangunan Usahawan Melayu yang dicadangkan

30. MENYEGERAKAN PERLANTIKAN PENGERUSI DAN ANGGOTA MAJLIS PENJAJA DAN PENIAGA KECIL WILAYAH PERSEKUTUAN.

Kongres difahamkan bahawa Penjaja dan Peniaga Kecil di Kuala Lumpur sedang menghadapi banyak masalah berkaitan dengan pembangunan serta penempatan yang diatur oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Permasalahan ini sepatutnya telah dapat diselesaikan dengan penubuhan Majlis Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan. Walaupun persetujuan penubuhannya telah dipersetujui oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar pada tahun 2008 namun sehingga sekarang perlantikan Pengerusi serta anggotanya masih belum dilaksanakan.

Oleh itu kongres menyokong desakan Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan yang mewakili penjaja dan peniaga agar Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar menyegerakan perlantikan Pengerusi dan anggota Majlis Penjaja Dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan supaya Majlis ini dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya serta menjalankan peranannya seperti yang diharapkan selaras dengan matlamat dan halatuju Pelan Strategik KWPKB dan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020

31. MBE MESTI MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA MASYARAKAT LUAR BANDAR YANG MASIH MISKIN DAN MESTI DIJADIKAN AGENDA UTAMA PEMBANGUNAN NEGARA

Berdasarkan penanda aras pendapatan, tahap pendidikan, pekerjaan dan strata dari segi kekayaan, senario sosio-ekonomi masyarakat luar bandar yang majoritinya Melayu, selepas 38 tahun perlaksanaan DEB atau 53 tahun Merdeka, berbanding dengan kaum Bukan Bumiputera, masih lagi terperangkap dengan masalah

i. Kemiskinan

ii. Ketidaksamarataan pendapatan

Dengan anggaran 10.43 juta atau melebihi 1/3 dari penduduk Malaysia tinggal di kawasan luar bandar pada tahun 2010 dengan majoriti penduduknya terdiri daripada orang Melayu, masalah kemiskinan dan ketidaksamarataan orang Melayu adalah merupakan masalah nasional dan bukan lagi masalah kaum.

Sehubungan dengan itu Kongres mendesak kerajaan supaya:

1. Memperkasakan Pembangunan Desa segi fizikal dan prasarana

2. Meningkatkan Pembangunan Insan

3. Menambahnilai Pembangunan Sumber Ekonomi

4. Mewujud dan melaksanakan Pengurusan & Pentadbiran Desa Baru

Memperkasakan Pembangunan Desa - Fizikal & Prasarana Dengan Langkah Seperti Berikut:

1. Menambahbaikkan jaringan pengangkutan, prasarana pertanian, premis perniagaan, ICT , kemudahan riadah dan sukan.

2. Menyediakan perumahan luar bandar dan bekalan air serta elektrik.

3. Menyediakan institusi awam dan kemasyarakatan yang mencukupi.

4. Menyediakan sistem perparitan, saliran dan sistem perkumbahan.

5. Mengimarahkan masjid sebagai pusat aktiviti kerohanian dan sosio-ekonomi.

Meningkatkan Pembangunan Insan Dengan Langkah Seperti Berikut:

1. Meningkat kualiti dan akses pendidikan khusus dalam aspek penggunaan ICT berasaskan e-pembelajaran & mewujudkan sekolah bestari.

2. Menyediakan pendidikan akademik, kemahiran dan agama untuk semua peringkat.

3. Menyediakan tenaga pengajar profesional yang terbaik dan mencukupi dalam pembangunan insan di kawasan desa.

4. Menyemai nilai-nilai murni dalam masyarakat desa.

5. Menyediakan insentif kewangan, kelengkapan persekolahan memastikan bantuan sampai kepada pelajar miskin.

6. Mengembleng tenaga muda/belia berpersatuan

Menambahnilai Pembangunan Sumber Ekonomi Dengan Langkah Seperti Berikut:

1. Meningkatkan produktiviti dan nilai komersial hasil tani, perikanan dan berkaitan.

2. Mewujudkan Pembangunan Agropolitan Desa.

3. Menjana sumber pertumbuhan baru melalui pertanian moden .

4. Mengembangkan pasaran baru untuk hasil tani melalui program pengantara hasil luar bandar ke pasaran yang kukuh.

5. Pengkomersial hasil tani sebagai input pengilangan.

6. Merangkumkan pembangunan desa dalam pembangunan koridor wilayah ekonomi.

7. Menggalakkan lebih banyak penglibatan sektor swasta dalam aktiviti ekonomi desa.

8. Menambah insentif baru yang lebih berkesan kepada masyarakat desa yang terlibat dalam sektor industri asas tani.

Mewujud dan melaksanakan Pengurusan & Pentadbiran Desa Baru Dengan Langkah Seperti Berikut:

1. Mewujudkan badan khas seperti Majlis Perbandaran bagi tujuan pengurusan dan pentabdiran pembangunan desa.

2. Merangkumkan pembangunan desa dalam pembangunan koridor wilayah ekonomi.

3. Mengintegrasi perkhidmatan merentasi agensi menerusi pusat setempat maya.

4. Melaksanakan perancangan, pemantauan dan penilaian berdasarkan pencapaian.

5. Menyediakan platform berpusat bagi mengendalikan aduan penduduk desa.

6. Menyediakan pentadbiran dan persekitaran perniagaan desa.

  1. KONGRES MENDESAK KERAJAAN AGAR MEMBERI AKUJANJI BAHAWA MBE MENJAMIN OUTCOME KESEJAHTERAAN DAN KUALITI HIDUP RAKYAT YANG TINGGI, TERMASUK BUMIPUTERA, MELALUI OUTPUT MIX BERIKUT MENJELANG 2020

Kongres mendesak Kerajaan agar memberi akujanji bahawa MBE menjamin outcome kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat yang tinggi, termasuk Bumiputera, melalui output mix berikut menjelang 2020:

1. Purata pertumbuhan ekonomi tahunan yang tinggi (>6 % setahun),

2. Pendapatan median isi rumah sebenar yang tinggi,

3. Kemiskinan sifar

4. Jurang pendapatan dan kekayan yang kecil [(a) intra kaum / strata: Gini Coefficient = <0.29; pendapatan =" 1:">

5. Guna tenaga penuh / kadar pengangguran <4%,

6. Kadar inflasi yang rendah (<3%),

7. Tahap kesihatan yang tinggi [(a) kadar kematian bayi = <3>

8. Tahap literasi 100%,

9. Alam sekitar yang bersih dan mapan (per kapita CO2 = <3>

KESAN KEGAGALAN MODEL EKONOMI BARU TERHADAP KUASA POLITIK ORANG MELAYU

Kegagalan kerajaan di dalam memasukkan agenda Melayu secara serius di dalam MBE akan menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera kecewa. Sejak sebelum merdeka dan sehingga kini, orang Melayu telah menunjukkan tolak ansur dan pengorbanan yang cukup tinggi bermula dari pengorbanan hak kerakyatan hinggalah hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera seperti hak biasiswa dan pembubaran MECD.

Meskipun orang Melayu tidak akan menunjukkan protes secara besaran di jalanan terhadap MBE jika agenda Melayu diketepikan namum kerajaan perlu bimbang kerana orang Melayu dan Bumiputera akan menghukum parti pemerintah UMNO/BN dengan menggunakan peti-peti undi sepertimana yang berlaku pada PRU12.

Harapan kerajaan untuk mendapat undi kaum Cina tidak kesampaian manakala undi Melayu melepas. Bak kata perpatah yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.

Model Baru Ekonomi tidak boleh lagi berdasarkan sajak Usman Awang

.......Baiknya hati Melayu tiada terbandingan, Segala yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan "Dagang lalu nasi ditanakkan, Suami pulang lapar tak makan, Kera di hutan disusukan, Anak di pangkuan mati kebuluran".....

Sekian.

No comments:

Post a Comment